Assalamualaikum membuka bicara ...
Pada pagi 23 Mei 2013 , SMSTMFP telah mengadakan sambutan Hari Guru . Sambutan ini diuruskan oleh semua Fivers dan dibantu oleh adik-adik form 1 . Sambutan ini yang amat meriah sekali dihadiri oleh semua guru Faris Petra .
Di sini saya nukilkan pantun khas buat guru-guru Faris Petra ,
Pergi pagi balik petang
Pegi petang balik malam
Kerja guru tak pernah kurang
Sampai mata dah naik lebam…
Pegi petang balik malam
Kerja guru tak pernah kurang
Sampai mata dah naik lebam…
Hidup ini sangat susah
Bila kerja sentiasa di arah
Pelajar melawan guru dibelasah
Pelajar gagal guru di marah….
Bila kerja sentiasa di arah
Pelajar melawan guru dibelasah
Pelajar gagal guru di marah….
Pelajarnya melayu, india dan cina
Setiap hari mesti di selia
Biar dicaci biar dihina
Tugas guru tetap mulia…
Setiap hari mesti di selia
Biar dicaci biar dihina
Tugas guru tetap mulia…
Anak kancil pergi berguru
Tidak terbiasa kerja yang sia
Dari kecil diasuh guru
Agar dewasa menjadi manusia…
Tidak terbiasa kerja yang sia
Dari kecil diasuh guru
Agar dewasa menjadi manusia…
Hendak berburu ke luar kota
Seluas alam bumi terentang
Tanpa guru siapalah kita
Ibarat malam tanpa bintang….
Seluas alam bumi terentang
Tanpa guru siapalah kita
Ibarat malam tanpa bintang….
Jalan ke barat berpilin-pilin
Cuaca redup menawar duka
Guru ibarat cahaya lilin
Menyuluh hidup tiap ketika…
Cuaca redup menawar duka
Guru ibarat cahaya lilin
Menyuluh hidup tiap ketika…
Meski Utarid kabur pandangnya
Hanya percaya kuasa Tuhan
Kasih murid akan gurunya
Gapai jaya di hari depan….
Hanya percaya kuasa Tuhan
Kasih murid akan gurunya
Gapai jaya di hari depan….
Putik baru mekar di laman
Kembang kudup kumbang terpikat
Hargai guru sepanjang zaman
Agar hidup beroleh berkat.
Kembang kudup kumbang terpikat
Hargai guru sepanjang zaman
Agar hidup beroleh berkat.
Beberapa gambar sepanjang Sambutan Hari Guru 2013
Photographer: Nik Asyraaf Imran
(Klik pada nama untuk terus ke FBnya )
![]() |
| Tuan Pengetua , Tn. Hj Shaffie Bin Awang |
![]() |
| Bas dihias cantik untuk membawa guru ke Dewan Sultan Mohd kelima |
![]() |
| Sensei Ahmad mempersembahkan bakatnya bermain gitar . |
![]() |
| Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh Abe Shafiq Bin Safuan , Ketua PRS Form 5 . |
![]() |
| Aktiviti sukan turut memeriahkan majlis . <Takraw> |
![]() |
| Sensei Ahmad sempat bergambar dengan beberapa fivers ., |
![]() |
| Barisan Guru-Guru Faris Petra |
![]() |
| Bakat terpendam Sensei . |
![]() |
| Ketua Murid 2013 , Abe Fakhri Razuki menyuap kek kepada ayahanda tercinta . |
![]() |
| Tn Pengetua datang dengan membonceng sebuh motor sambil dikawal oleh pengawal diraja . < Ala-ala diraja > |
![]() |
| Aktivit sukaneka seperti buah kelapa BOWLING turut memeriahkan majlis . |
![]() |
| Tn Pengetua dibawa menuju ke pentas . |
![]() |
| Kain rentang yang dibuat oleh Fivers 2013 |
![]() |
| Barisan Guru Perempuan |
![]() |
| Barisan Guru Perempuan |
![]() |
| 2 Orang BodyGuard Pengetua |
![]() |
| Barisan Guru-guru lelaki yg segak dan kacak sekali :D |
![]() |
| Barisan Guru-guru lelaki yg segak dan kacak sekali :D Sekian daripada saya . Selamat Hari guru kepada semua tenaga pengajar di seluruh Malaysia .]] Laporan disediakan oleh Aqiel Faeeq |
.jpg)






















No comments:
Post a Comment