Sunday, 12 May 2013

Perkhemahan Perdana 2013



credit : Blog Faris-Petra.com











Bismillah.... . Okey , pada 9 Mei yang lalu , SMSTMFP telah menganjurkan Aktiviti Tahunan Perkhemahan Perdana yang belangsung selama 3 hari sehingga 11 Mei . Aktiviti ini melibatkan semua pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4 . Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang perkhemahan kali ini , antaranya ialah , aktiviti wajib iaitu kawad kaki , sukaneka , treasure hunt , persembahan , pertandingan memasak , khemah tercantik dan macam-2 lagi ..Pada malam pertama , sudah ada beberapa unit beruniform ber'BBQ' . Hujan Lebat pada malam kedua menyebabkan guru membenarkan pelajar perempuan untuk tidur di asrama manakala pelajar lelaki dikehendaki untuk tidur di dalam Dewan Sultan Muhd ke Lima . Pada hari terakhir perkhemahan (Sabtu) , berlangsungnya Majlis Perasmian Penutupan yg disempurnakan oleh Kapten Hazwan . Berlangsung juga Majlis Penyampaian hadiah kepada para pemenang . PBSM telah menjadi juara Perkhemahan Perdana 2013 , manakala PKBM sebagai naib johan . Kawad Kaki pula dimenangi oleh PKBM . Pada pUkul 12.00 tengahari , pelajar dibenarkan pulang ke asrama . kebanyakan pelajar tidur pada petang itu kerana terlalu letih berkhemah , Sekian coretan dari saya , yang baik itu datang dari Allah , yang buruk itu datang dari saya sendiri . Semoga perkhemahan pada tahun depan lebih baik . Aminn....

No comments:

Post a Comment