Thursday, 23 May 2013

Promo blog

Sambutan Hari Guru Faris Petra > 23 Mei 2013

Assalamualaikum membuka bicara ... 
Pada pagi 23 Mei 2013 , SMSTMFP telah mengadakan sambutan Hari Guru . Sambutan ini diuruskan oleh semua Fivers dan dibantu oleh adik-adik form 1 . Sambutan ini  yang amat meriah sekali dihadiri oleh semua guru Faris Petra . 
Di sini saya nukilkan pantun khas buat guru-guru Faris Petra , 
Pergi pagi balik petang
Pegi petang balik malam
Kerja guru tak pernah kurang
Sampai mata dah naik lebam…
Hidup ini sangat susah
Bila kerja sentiasa di arah
Pelajar melawan guru dibelasah
Pelajar gagal guru di marah….
Pelajarnya melayu, india dan cina
Setiap hari mesti di selia
Biar dicaci biar dihina
Tugas guru tetap mulia…
Anak kancil pergi berguru
Tidak terbiasa kerja yang sia
Dari kecil diasuh guru
Agar dewasa menjadi manusia…
Hendak berburu ke luar kota
Seluas alam bumi terentang
Tanpa guru siapalah kita
Ibarat malam tanpa bintang….
Jalan ke barat berpilin-pilin
Cuaca redup menawar duka
Guru ibarat cahaya lilin
Menyuluh hidup tiap ketika…
Meski Utarid kabur pandangnya
Hanya percaya kuasa Tuhan
Kasih murid akan gurunya
Gapai jaya di hari depan….
Putik baru mekar di laman
Kembang kudup kumbang terpikat
Hargai guru sepanjang zaman
Agar hidup beroleh berkat.

Beberapa gambar sepanjang  Sambutan Hari Guru 2013 
Photographer: Nik Asyraaf Imran
(Klik pada nama untuk terus ke FBnya )






Tuan Pengetua , Tn. Hj Shaffie Bin Awang
Bas dihias cantik untuk membawa guru ke Dewan Sultan Mohd kelima

Sensei Ahmad mempersembahkan bakatnya bermain gitar .

Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh Abe Shafiq Bin Safuan , Ketua PRS Form 5 .

Aktiviti sukan turut memeriahkan majlis . <Takraw>

Sensei Ahmad sempat bergambar dengan beberapa fivers .,

Barisan Guru-Guru Faris Petra

Bakat terpendam Sensei .

Ketua Murid 2013 , Abe Fakhri Razuki menyuap kek kepada ayahanda tercinta .

Tn Pengetua datang dengan membonceng sebuh motor sambil dikawal  oleh pengawal diraja . < Ala-ala diraja >


Aktivit sukaneka seperti buah kelapa BOWLING turut memeriahkan majlis .

Tn Pengetua dibawa menuju ke pentas . 

Kain rentang yang dibuat oleh Fivers 2013


Barisan Guru Perempuan 

Barisan Guru Perempuan

2 Orang BodyGuard Pengetua

Barisan Guru-guru lelaki yg segak dan kacak sekali :D

Barisan Guru-guru lelaki yg segak dan kacak sekali :D

Sekian daripada saya . Selamat Hari guru kepada semua tenaga pengajar di seluruh Malaysia .]]


Laporan disediakan oleh Aqiel Faeeq 



Holidays








Assalamualaikum Pembuka bicara .... 
Oooopss , dah pertengahan tahun ke ?
Tapi , yang ditunggu - tunggu oleh kami , farisians ialah cuti !
Yeay ! tapi , kerja rumah macam , ******* ... 

Budak-budak berkejar-kejar 
                                                            Rasa gembira bermain di sana
                                                                Kalau kita rajin belajar           
Tentu kita akan berjaya 




okey , bye , time to do homework , happy holidays to all pupils especcially to Farisians . 

 Last from me ....
Assalamualaikum ...


Sunday, 12 May 2013

Perkhemahan Perdana 2013



credit : Blog Faris-Petra.com











Bismillah.... . Okey , pada 9 Mei yang lalu , SMSTMFP telah menganjurkan Aktiviti Tahunan Perkhemahan Perdana yang belangsung selama 3 hari sehingga 11 Mei . Aktiviti ini melibatkan semua pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4 . Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang perkhemahan kali ini , antaranya ialah , aktiviti wajib iaitu kawad kaki , sukaneka , treasure hunt , persembahan , pertandingan memasak , khemah tercantik dan macam-2 lagi ..Pada malam pertama , sudah ada beberapa unit beruniform ber'BBQ' . Hujan Lebat pada malam kedua menyebabkan guru membenarkan pelajar perempuan untuk tidur di asrama manakala pelajar lelaki dikehendaki untuk tidur di dalam Dewan Sultan Muhd ke Lima . Pada hari terakhir perkhemahan (Sabtu) , berlangsungnya Majlis Perasmian Penutupan yg disempurnakan oleh Kapten Hazwan . Berlangsung juga Majlis Penyampaian hadiah kepada para pemenang . PBSM telah menjadi juara Perkhemahan Perdana 2013 , manakala PKBM sebagai naib johan . Kawad Kaki pula dimenangi oleh PKBM . Pada pUkul 12.00 tengahari , pelajar dibenarkan pulang ke asrama . kebanyakan pelajar tidur pada petang itu kerana terlalu letih berkhemah , Sekian coretan dari saya , yang baik itu datang dari Allah , yang buruk itu datang dari saya sendiri . Semoga perkhemahan pada tahun depan lebih baik . Aminn....

Saturday, 4 May 2013

Pbs ?

0key , hari ini saya nak cakap pasal PBS . Bila dengar je PBS , mesti pelajar2 x suka kannn ? Timbul beberapa maksud lain PBS yg direka oleh pelajar seperti Punca Budak Stress , Penyakit Budak Sawan , Pentaksiran boleh sawan , dan mcm2 lagi .. it's okay , saya pun akuiii yg sy pun x berapa suka dgn PBS , stressfulllllllll . stress enough ,. but , if dipikir-pikirkan semula , kerajaan buat tu untuk kejayaan kita right ? tade jalan senang untuk mencapai kejayaan ... mungkin di samping banyak keburukan yg ada pada PBS tu , ada banyak lagi kebaikannya . Wallahualam ... Tapi sampai sekarang , aku x suka Pbs . Say No to PBS ... kekekek . apapun , kita cuba untuk menyesuaikan diri dengan PBS , 3 tahun bersama Pbs , still thinkng what will be happen ,.

Cuti

Okey , cuti mengundi sudah habis , petang ni dah nak balik sekolah . K , Insya-Allah blog akan diupdate di sekolah pulakkk . (kalau la masuk makmal)

Hak Cuti Hak Kami !! Walaubagaimanapun , kami datang ke Faris Petra untuk belajar , bukan untuk cuti , kan ? kan ? kan ?